Wednesday 10 July 2013

Majlis Perasmian Anugerah Local Agenda 21 Wilayah Persekutuan

PETIKAN UCAPAN YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN.

Program Local Agenda 21 adalah sangat penting untuk mengajak masyarakat setempat untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk merancang dan menjaga alam sekitar supaya setiap pembangunan yang dilakukan tidak mengenepikan konsep pembangunan mampan ataupun sustainable development.

Ini adalah penting, kerana dalam negara kita semakin meningkat maju dari aspek pembangunan ekonomi dan fizikal, ianya tidak memberi apa-apa makna jika pembangunan yang kita laksanakan tidak mengambil kira aspek kemampanan. Malah, ianya juga boleh dianggap sedikit pincang sekiranya pembangunan dilaksanakan tanpa mengambil kira keperluan sebenar dan input dari masyarakat setempat.

Kerajaan amat menitikberatkan engagement bersama masyarakat dalam melaksanakan program dan juga ketika merumus dasar-dasar baru untuk pembangunan. ZAman di mana "the government knows best" sudah berlalu. Sehubungan dengan itu, Program Local Agenda 21 adalah amat sesuai sekali untuk dipertingkatkan pelaksanaanya di Wilayh Persekutuan. Ini keranan program ini adalah berteraskan dan melibatkan engagement bersama rakyat. Program engagement ini penting supaya rakyat dapat menilai bahawa pihak kerajaan adalah sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dalam apa jua yang dilaksanakan.

Justeru dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan engagement, adlah sangat penting supaya program-program seperti local agenda 21 ini dipergiatkan lagi dan disebarluas promosi dan penerimaanya kepada masyarakat umum. Oleh itu, saya meminta agar pihak Kementerian dan agensi-agensi dibawahnya untuk melaksanakan lebih banyak program yang melibatkan rakan kongsi Local Agenda 21 seperti pihak swasta, NGO, persatuan penduduk, persatuan belia dan juga individu-individu. 






















0 comments:

Post a Comment

Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.