Wednesday, 31 July 2013

Majlis Iftar Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bertempat di Masjid Mu'adz Bin Jabal Setiawangsa telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ihya' Ramadhan Peringkat Wilayah Persekutuan. Majlis yang turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia serta diiringi oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis yang meraikan lebih daripada 2 ribu penerima bantuan ihya' ramadhan itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran...

Tuesday, 30 July 2013

Majlis Penyampaian Insentif SUKMA XVI KL 2013 & Iftar Bersama Atlit Sukan Wilayah Persekutuan

    YB Menteri Wilayah Persekutuan bersama-sama dengan para atlit dan persatuan sukan Wilayah Persekutuan hari ini berbuka puasa di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis yang turut meraikan para atlit yang berjuang di SUKMA baru-baru ini serta penyampaian Insentif khas kepada atlit dan persatuan sukan yang berjaya memenangi pingat di temasya sukan beprestij negara itu. Penyerahan...

Mangsa Kebakaran Kampung Pasir Baru Mendapat Pembelaan

KUALA LUMPUR: Nasib enam sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam di sini semalam mendapat pembelaan.  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil menawarkan rumah sewa menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil dan Taman Muhibbah, Puchong di samping menghulurkan bantuan RM300 untuk setiap keluarga.  Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi...

Monday, 29 July 2013

Pertemuan YB Menteri bersama Presiden CEUPACS.

Hari ini Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan telah dikunjungi oleh Presiden CEUPACS Datuk Omar Osman bersama pegawai-pegawai kanan CEUPACS. Datuk Omar Osman bersama delegasi meluangkan masa hampir satu jam untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan bersama YB Menteri. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah mencari jalan bagi meningkatkan lagi kualiti servis dan perkhidmatan kakitangan awam ke arah yang lebih...

Friday, 26 July 2013

Himpunan Penulis Maya Wilayah Persekutuan, Berjaya Times Square KL

Semalam bertempat di Manhattan II Berjaya Times Square berlangsung Himpunan Penggiat Media Sosial Wilayah Persekutuan. Majlis yang diadakan selama dua hari ini memberi penerangan yang lebih jelas tentang peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan pelan perancangan jangka pendek dan panjang yang telah dilaksanakan mahupun yang masih dalam perancangan kementerian seperti Greater KL, Pelan Pembangunan Kg Baharu, Isu Perumahan, kebersihan...

Monday, 22 July 2013

Majlis Berbuka Puasa Parlimen Lembah Pantai

Hari ini YB Menteri telah turun ke Parlimen Lembah Pantai untuk bersama dengan rakyat di PPR Kg. Limau yang bertempat di Surau Ibadurrahman Kuala Lumpur.Turut bersama adalah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Dato' Seri Raja Nong Chik. YB Menteri dalam ucapan ringkas beliau menegaskan kehadiran beliau yang dalam keadaan tergesa-gesa kerana ada urusan di Kuala Besut tidak sedikit pun menjadi halangan kepada beliau untuk bersama-sama...

Saturday, 20 July 2013

Lawatan Sehari YB Menteri ke Labuan & Majlis Berbuka Puasa Peringkat Wilayah Persekutuan

Hari ini YB Menteri bersama Isteri telah berkunjung ke labuan untuk  berbuka bersama rakyat di Labuan. Pada sebelah pagi setelah sampai di Labuan, YB Menteri terus ke Majlis Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Labuan. Lebih kurang jam 3.30 petang waktu labuan, YB Menteri berkesempatan untuk melawat ke bazaar ramadan labuan. Lawatan ke bazar ramadan Labuan ini adalah kesinambungan lawatan YB ke semua bazar ramadan...