Sunday 16 June 2013

Perjumpaan Bersama Staff DBKL

Pagi tadi bertempat di Auditorium DBKL Aras 3 berlangsung majlis perjumpaan YB Menteri bersama kakitangan DBKL. Majlis yang dihadiri lebih daripada 600 orang ini diketuai oleh Datuk Bandar sendiri serta pegawai-pegawai tinggi DBKL. Program bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 11 pagi.

Dalam ucapan YB DS Menteri, beliau banyak berkongsi tentang pengalaman dan memberi nasihat kepada kakitangan beliau agar menjadi pegawai DBKL yang sentiasa dihormati dan mesra rakyat. Beliau turut menegaskan tentang kepentingan menjaga amanah dan menerapkan keikhlasan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Beliau mahukan setiap pegawai di DBKL menjadikan konsep Islam sebagai gaya hidup, kerana jika Islam dijadikan teras dalam pekerjaan nescaya setiap kerja yang dilakukan akan mendapat berkat.

Selain itu, YB Menteri juga mahukan pegawai DBKL lebih telus dalam melaksanakan tugas, "sebagai contoh jika ternampak sesuatu yang mencacatkan pemandangan seperti jalan rosak, lampu tiang rosak tolong laporkan pada pegawai yang sepatutnya, tidak perlu menunggu kerana sebagai pegawai DBKL kita sendiri tahu saluran yang mana patut selesaikannya" kata beliau. Beliau sendiri pernah beberapa kali membuat laporan ke DBKL jika ternampak sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya atau mencacatkan pemandangan di Kuala Lumpur, jadi beliau mahukan perkara ini dijadikan contoh buat semua kakitangan DBKL selain menjadi mata dan telinga rakyat untuk kerajaan.

Tambahan beliau,  slogan yang kerajaan sentiasa laungkan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' haruslah dijadikan pegangan kerana sebagai pegawai DBKL kata beliau "i know we have to survive, but we have to come last, the rakyat should be first".

Sebelum bersurai, DS Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan para pegawai dan kakitangan supaya menggunakan fasiliti yang diberikan dengan amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh akses kepada internet tidak disalah guna untuk kepentingan peribadi. Tambahnya lagi, persepsi negatif sesama kita haruslah ditolak dan sentiasa bersikap positif. Yang paling penting adalah kesetiaan kepada pemimpin bukannya mengkhianati ketua kita.

0 comments:

Post a Comment

Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.