Wednesday 19 June 2013

Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran Pasar Jalan Raja Bot & Kampung Bharu

Pagi semalam bertempat di DBKL aras 3 berlangsung majlis penyerahan sumbangan mangsa kebakaran yang terlibat tempoh hari. Mangsa yang terlibat terdiri daripada 9 buah keluarga termasuk peniaga di pasar Jalan Raja Bot. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu melibatkan sumbangan ikhlas dari YB Menteri sebanyak RM500, Yayasan Wilayah Persekutuan RM300 dan DBKL RM300.

Dalam ucapan ringkas YB Menteri, beliau berharap para peniaga memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas-tugas penambahbaikan dan perpindahan tapak pasar berjalan dengan lancar. Beliau mahu tapak yang diberikan nanti tidak dijual kepada warga asing. "Kita akan berikan tapak kepada peniaga yang betul-betul berminat untuk menambah wang pendapatan" tegas beliau.



Dalam masa yang sama, melalui aduan yang diterima berkaitan masalah sosial anak-anak muda. Beliau akan menyekat lesen siber kafe setelah mendapat tahu banyak premis perniagaan itu tidak menepati syarat perniagaan dan menjalankan aktiviti perjudian. "Kita dapat kesan ada pusat siber kafe yang menjadi tempat penagihan dadah dan pil khayal" kata YB Ku Nan. Kajian semula akan dijalankan terhadap pusat siber kafe yang sedia ada di 3 kawasan wilayah ini dan tindakan tegas akan diambil jika pusat berikut melanggar syarat dan terma yang ditetapkan.




0 comments:

Post a Comment

Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.