Friday 7 June 2013

Majlis Penyampaian Hadiah sempena Hari Bertemu Pelanggan KWP oleh Datin Seri Aggriani Sentiyaki

Pada jam 4.00 petang bertempat di KL Sentral Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Penyampaian hadiah bersempena dengan Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutan  yang disempurnakan oleh isteri YB Menteri iaitu Datin Seri Anggriani Sentiyaki. Pertandingan ini dimasukkan sebagai salah satu daripada aktiviti sempena program Hari Bersama Pelanggan KWP dan Agensi tahun 2013 ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan bendera dan Wilayah Persekutuan dikalangan kanak-kanak disamping dapat meneroka kreativiti dan imaginasi mereka.


Datin Seri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik pertandingan melukis oleh kanak-kanak kelainan upaya. lukisan yang bertemakan bendera wilayah itu telah mengumpulkan banyak penyertaan dan penglibatan yang sangat baik oleh kanak-kanak ini.

Selama program ini berlangsung petang tadi, sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakan dan ini yang pihak Kementerian harapkan dengan penganjuran program seumpama ini dapat membantu mendekatkan masyarakat dengan kerajaan, selaras dengan saranan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan."



Bakat yang ada pada anak-anak ini membuatkan kita berasa kagum dengan kelebihan mereka sehinggakan mampu melukis dengan hanya menggunakan kaki. Sebagai manusia biasa, kita seharusnya berasa syukur diatas segala nikmat yang dikecapi dan menjadikan semangat anak-anak ini sebagai pendorong buat kita untuk terus berusaha dan membantu kanak-kanak ini supaya mereka dapat hidup seperti insan biasa.






Para pengunjung dan kanak-kanak turut diberikan bungkusan KFC untuk dibawa pulang secara percuma. Rata-rata yang hadir memberikan respon yang sangat positif dan berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap.




Sebelum pulang, Datin Seri sempat meluangkan masa melawat 'booth' pameran dan beramah mesra bersama hadirin yang hadir.


0 comments:

Post a Comment

Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.