Saturday 8 June 2013

Di Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan

Alhamdulilah sempurna Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan di KL Sentral tadi. Dalam ucapan perasmian tadi YB DS menekankan tentang kepentingan sebagai kerajaan untuk menjadi hamba kepada rakyat. Servis dan perkhidmatan yang dilaksanakan haruslah bersifat mesra pelanggan serta mengutamakan rakyat.

Tambah beliau, sebagai manusia kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan setiap perkara yang salah haruslah dibawa berbincang begitu juga dengan kerajaan yang sedia ada. "tidak ada kerajaan yang sempurna di dunia ini, oleh itu perlu kita bersama bekerjasama untuk mencapai yang terbaik untuk warga wilayah" tegas Ku Nan.

Dalam membina sebuah negara berjaya, semua rakyat Malaysia perlu berpegang kepada 'diverse unity' tidak mengira bangsa mahupun agama perlu bersatu padu seperti yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu.

YB DS Menteri turut menekankan 3 perkara yang perlu diambil kira dan akan dilaksanakan berkenaan dengan kebersihan, masalah trafik dan tempat letak kereta. Selain isu-isu yang berkaitan antaranya perumahan untuk pekerja dalam bidang servis. "kita nak bantu mereka sewa rumah di KL, supaya dekat dengan tempat kerja, tak perlu duduk jauh" kata Ku Nan.

Akhir ucapan, YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor turut memberi penekanan tentang golongan belia dan saranan Ku Nan agar aktiviti gotong royong bersama jabatan atau agensi diperhebatkan kerana dengan cara ini pegawai kerajaan akan lebih dekat dan mesra dengan masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.