Wednesday 12 June 2013

Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan KKLW

Pagi ini YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Perjumpaan bersama dengan Kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di kementerian Presint 2 . Perjumpaan yang turut disertai oleh YB Menteri KKLW Datuk Seri Shafie Apdal serta pegawai-pegawai kanan kementerian ini merupakan perjumpaan pertama yang dijanjikan YB untuk bertemu dengan semua kementerian di Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, YB DS Ku Nan turut memberi peluang kepada kakitangan KKLW untuk berdialog dan bertanya soalan kepada beliau atas kapasiti sebagai wakil rakyat disini. Menjawab tentang perancangan beliau selepas menang ini, Ku Nan mahu membawa penduduk Putrajaya ke satu tahap yang lebih matang dari segi pengisian rohani dan intelektual.

Sebelum bersurai, YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor dengan diwakili oleh Isteri beliau Datin Seri Anggriani Sentiyaki menyerahkan mock cheque berjumlah 10000 ringgit sebagai sumbangan beliau kepada Kelab Sukan & Kebajikan KKLW serta cenderamata berupa telekung dan kain pelikat kepada semua yang hadir.

0 comments:

Post a Comment

Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.