
Putrajaya. Penganjuran festival ini menunjukkan komitmen berterusan Perbadanan Putrajaya dalam usaha untuk merelisasikan aspirasi kerajaan dan matlamat pembangunan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang moden dan pintar berkonsepkan Bandar Dalam Taman, Bandar Bunga-bungaan dan Perintis Bandar Hijau.
Tarikan utama Floria Putrajaya 2013 ialah pameran bunga berwarna warni yang disusun berkonsepkan taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk yang kreatif dan menarik.
Keseluruhan pameran bunga menggunakan lebih kurang 400 ribu bunga-bungaan tropika, sub-tropika dan temperat, termasuk 200 sepsis dan hybrid bunga orkid yang disusun dalam lebih 80 lot taman-taman yang direkabentuk dan dibina oleh agensi keraaan, badan korporat, syarikat swasta, persatuan dan penanam bunga, Institut Landskap Arkitek Malaysia, pereka taman antarabangsa, pelajar sekolah dan universiti serta institusi pengajian tinggi.
0 comments:
Post a Comment
Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.