Saturday, 29 June 2013

Majlis Kesyukuran & Penghargaan Jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

Bertempat di Padang Kejiranan Sebelah PPR Sg Bonus Air Panas Setapak Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Kesyukuran & Penghargaan Jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Majlis yang berlangsung tengah hari tadi menghimpunkan seramai lebih daripada 4000 orang JawatanKuasa 4 peringkat dan semua ketua-ketua PDM Wilayah Persekutuan. Terima kasih dan sejuta penghargaan...

Sunday, 23 June 2013

Kunjungan saya ke Pusat Pemindahan Kebakaran Kampung Balang

Ketika lawatan saya ke PUSAT PEMINDAHAN DEWAN ORANG RAMAI LORONG PADANG BALANG 8 KAMPUNG PADANG BALANG. Kejadian kebakaran yang berlaku di rumah tanah lot lorong padang balang 6 Kampung Padang Balang Sentul. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu melibatkan 6 buah rumah termasuk 5 keluarga. Kesemua 19 orang mangsa selamat. Saya turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM 500 sebagai membantu meringankan beban kesemua mangsa. Bantuan dari...

Saturday, 22 June 2013

Majlis Pelancaran Festival Bunga & Taman Putrajaya 2013

Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria Putrajaya 2013 dengan tema Orkid - Khazanah Tropika atau Orchid - Tropical Treasure adalah merupakan penganjuran kali keenam dan akan berlangsung selama Sembilan hari mulai 22 Jun hingga 30 Jun 2013 di Persisiran Tasik, Presint 2               Putrajaya. Penganjuran festival ini menunjukkan komitmen berterusan Perbadanan Putrajaya dalam usaha untuk...

Wednesday, 19 June 2013

Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran Pasar Jalan Raja Bot & Kampung Bharu

Pagi semalam bertempat di DBKL aras 3 berlangsung majlis penyerahan sumbangan mangsa kebakaran yang terlibat tempoh hari. Mangsa yang terlibat terdiri daripada 9 buah keluarga termasuk peniaga di pasar Jalan Raja Bot. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu melibatkan sumbangan ikhlas dari YB Menteri sebanyak RM500, Yayasan Wilayah Persekutuan RM300 dan DBKL RM300. Dalam ucapan ringkas YB Menteri, beliau berharap para peniaga memberi...

Tuesday, 18 June 2013

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan 2013

YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor petang tadi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Wilayah bersempena dengan Kejohanan SUKMA yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam ucapan ringkas beliau, YB Menteri mahu semua atlet yang bertanding membawa semangat wilayah biarpun bukan semua atlet yang bertanding adalah lahir di Wilayah Persekutuan. "pepatah melayu ada menyebut, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" kata beliau. Tambahnya...

Sunday, 16 June 2013

Perjumpaan Bersama Staff DBKL

Pagi tadi bertempat di Auditorium DBKL Aras 3 berlangsung majlis perjumpaan YB Menteri bersama kakitangan DBKL. Majlis yang dihadiri lebih daripada 600 orang ini diketuai oleh Datuk Bandar sendiri serta pegawai-pegawai tinggi DBKL. Program bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 11 pagi. Dalam ucapan YB DS Menteri, beliau banyak berkongsi tentang pengalaman dan memberi nasihat kepada kakitangan beliau agar menjadi pegawai DBKL yang sentiasa...

Saturday, 15 June 2013

Majlis Perasmian Jalan Pintasan Taman Intan Baiduri dan MRR2

Alhamdulillah. Pagi ini YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Datuk KSU berkesempatan merasmikan Majlis Perasmian Jalan Pintasan Menghubungkan Jalan Taman Intan Baiduri Dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dalam ucapan perasmian tersebut YB Menteri mengucapkan tahniah kepada DBKL dan kontraktor kerana berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya. "Walaupun pelbagai masalah dan kekangan yang di hadapi tetapi projek ini dapat disiapkan dengan baik...

Wednesday, 12 June 2013

Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan KKLW

Pagi ini YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Perjumpaan bersama dengan Kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di kementerian Presint 2 . Perjumpaan yang turut disertai oleh YB Menteri KKLW Datuk Seri Shafie Apdal serta pegawai-pegawai kanan kementerian ini merupakan perjumpaan pertama yang dijanjikan YB untuk bertemu dengan semua kementerian di Putrajaya. Dalam majlis tersebut, YB DS Ku Nan turut memberi peluang kepada...

Sunday, 9 June 2013

Keprihatinan Menteri Wilayah, Rakyat Akan Terus Terbela

Pada Sabtu lepas, saya bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Datuk KSU telah membuat lawatan ke Keramat Mall. Lawatan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam itu telah berbincang mengenai masalah perpindahan ke ruang tapak baru yang telah disediakan.Turut bersama dalam perbincangan tersebut adalah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.     Selesai mendengar dan meninjau keadaan di Keramat...

Menteri Wilayah Persekutuan Wakil Kerajaan Malaysia ke upacara pemakaman Taufiq Kiemas

JAKARTA 9 Jun - Ribuan orang daripada segenap lapisan masyarakat pada Ahad menghadiri upacara pengebumian negara untuk Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia Taufiq Kiemas di Taman Makam Pahlawan Kalibata, di Jakarta Selatan. Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yuhoyono sendiri mengetuai upacara pemakaman negara untuk suami bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri itu, yang berlangsung penuh istiadat ketenteraan. Yang Dipertua...