Monday, 26 August 2013

Perjumpaan YB Menteri WP Bersama Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan

Bertempat di Dewan Serbaguna Blok 1 Kementerian Wilayah Persekutuan telah berlangsung sesi perjumpaan pertama YB Menteri WP bersama ahli parlimen Wilayah Persekutuan termasuk 4 ahli parlimen daripada Barisan Nasional dan 9 daripada pembangkang. Sesi bermula dengan taklimat kepada semua Ahli Parlimen yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Adnan Md Ikhsan tentang visi, misi, sejarah dan lain-lain yang melibatkan Kementerian Wilayah...

Saturday, 24 August 2013

Majoriti Bahagian dalam UMNO mahu jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.

"Ia terserah kepada individu masing-masing, kita tak boleh menyekat. Tetapi maklum balas yang saya terima daripada semua bahagian adalah, mereka tidak mahu pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden," Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika mengulas tentang saranan Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub agar Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak bertanding jawatan MT kerana mereka lebih...

Thursday, 22 August 2013

Pelancaran Laman Website Rasmi Pelancongan KL dengan Aplikasi Mudah Alih Memudahkan Pelancong

YB Menteri Wilayah Persekutuan hari ini telah melancarkan laman web rasmi pelancongan bagi Kuala Lumpur iaitu www.visitkl.gov.my dengan aplikasi mudah alih. Website baharu yang mesra pengguna ini menawarkan perkhidmatan dan pelbagai informasi kepada pelancong seperti hotel, restoran, tempat tarikan pelancongan serta pelbagai tip lawatan ke Kuala Lumpur. Laman web ini juga padat dengan informasi terkini dan mempunyai 2000 pautan ke...

Saturday, 17 August 2013

KENYATAAN MEDIA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR, MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN.

                         Gambara ArkibSaya ingin merujuk kepada artikel Malaysiakini bertarikh 16 Ogos 2013 bertajuk "Mangsa Kebakaran Dipaksa Pindah Dari Pusat Perlindungan. Menteri Digesa Timbang Rayuan Mangsa Kebakaran." Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang musim cuti hari Raya Aidilfitri ini terdapat sebanyak 7 kejadian kebakaran di sekitar Kuala Lumpur bermula dari 3 Ogos 2013 hingga...

Friday, 16 August 2013

"Saya Tahu Ada Mulut Jahat Yang Buat Fitnah" Tengku Adnan Tengku Mansor.

  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengecam segelintir pihak yang cuba memburukkan keadaan dan menabur fitnah kepada pihak DBKL berkenaan dengan pemberian rumah PPR kepada mangsa kebakaran di Sentul baru-baru ini. "Saya tahu ada dalang yang buat fitnah kata di PPR Batu Muda ada kekosongan rumah, sengaja mengapi-apikan saudara-saudari yang pihak DBKL sengaja pindahkan ke Puncak Jalil, saya nak bagitau kalau...

Sunday, 11 August 2013

Timb. Menteri WP: Surat Tawaran Rumah PPR Dalam Masa 2 Hari

Lebih kurang jam 2 petang tadi, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan   bersama para pegawai daripada Kementeri Wilayah Persekutuan telah melawat ke Pusat Pemindahan Mangsa Kebakaran di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota, Danau Kota Kuala Lumpur. YB Timbalan Menteri meluangkan masa hampir 1 jam untuk bersama 35 keluarga mangsa kebakaran dan memberikan kata-kata semangat supaya bersabar dan menempuh dugaan ini dengan...

Sunday, 4 August 2013

Majlis IFTAR Peringkat Parlimen Segambut

Parlimen Segambut menjadi destinasi terakhir Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan dalam rangka lawatan beliau ke seluruh parlimen dalam Wilayah Persekutuan sepanjang bulan ramadhan ini. Majlis yang diserikan lagi dengan kehadiran lebih 100 penerima sumbangan Ihya' Ramadhan serta orang ramai yang mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu. Ketika berucap dalam majlis itu, YB Menteri...

Lawatan Ku Nan ke Masjid India

"Kamu asal dari mana? Ini lesen siapa?" tanya Ku Nan kepada salah seorang peniaga di Masjid India sebentar tadi.Hari ini YB Menteri Wilayah Persekutuan telah meluangkan masa lebih 1 jam, melawat sekitar Masjid India untuk melihat keadaan semasa dan membuat pemeriksaan lesen ke atas peniaga-peniaga bagi memastikan lesen yang diberi tidak disalah guna atau dijual kepada warga asing."Waktu saya datang kali pertama, saya sudah berjanji untuk datang semula...

Saturday, 3 August 2013

Majlis IFTAR Peringkat Parlimen Seputeh

"kita perlu ingat bahawa parti Islam yang terbesar dalam Negara adalah UMNO sebenarnya selaras dengan perlembagaan UMNO Fasal 3, tetapi kita tidak pernah menjual walau sepotong ayat Al-Quran atau hukum agama untuk kepentingan politik dan kuasa" Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas di Majlis IFTAR Peringkat Parlimen Seputeh Kuala Lumpur. Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut mengingatkan...