Tuesday, 19 November 2013

YB Menteri Wilayah Persekutuan Prihatin Atasi Isu Taska di Putrajaya

Bertempat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berlangsung satu perjumpaan khas yang diadakan khusus bagi membincangkan perkara yang berbangkit berkaitan isu taska di Putrajaya.



Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Menteri KPWKM Datuk Rohani Abdul Karim dan wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya yang turut dihadiri oleh Isteri YB Menteri KWP Datin Seri Anggriani Sentiyaki, Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan, Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya dan para pegawai lain.

Mesyuarat khas ini diadakan selepas YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melihat isu taska yang melibatkan kematian, kes penderaan dan kecederaan di kalangan kanak-kanak di pusat asuhan adalah amat serius dan perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah ini.


Antara perkara yang dibincangkan termasuklah perancangan KWP dan KPWKM dalam mengenal pasti tanah kosong di sekitar Putrajaya untuk penubuhan Taska. Selain itu, keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan boleh terjamin jika taska berada dalam kementerian selain memudahkan penjaga menghantar anak-anak ke taska, oleh itu KPWKM telahpun mengenal pasti Kementerian atau jabatan yang masih belum mempunyai taska dan mahu penyusunan semula pejabat untuk mendapatkan ruang bagi penubuhan taska.

Bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pemantauan dari masa ke semasa sentiasa dilakukan bagi memastikan taska tidak melanggar peraturan dan isu keselamatan kanak-kanak ini adalah isu yang sangat serius.

Perjumpaan ini adalah satu permulaan dalam misi YB Menteri Wilayah Persekutuan dalam memastikan kesejahteraan serta dapat meningkatkan kualiti hidup warga Putrajaya khususnya dengan lebih baik.

Monday, 2 September 2013

Menteri Wilayah Persekutuan Jawab Isu Roboh Kuil Sri Munewarar Kaliyaman

 
Kawasan Tapak kuil tersebut adalah kawasan hak milik Hap Seng yang akan dibangunkan untuk projek pembangunan dan mencantikkan semula kawasan tersebut. Mahkamah juga telah mengeluarkan surat arahan meorobohkan kuil tersebut. Tetapi pihak berkuasa DBKL hanya merobohkan tapak restoran yang diubah suai tanpa permit. Sudahlah dibina diatas tapak haram, boleh lagi menjalankan perniagaan haram. Ini secara langsung merencatkan pemandangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada ramai orang.

Sebenarnya, BTMW nak bagitau yang polemik ini didalangi oleh sebuah pihak yang tidak bertanggungjawab. mereka sengaja mengapi-apikan perkara yang tidak masuk akal. Yang berlaku sekarang adalah merobohkan tapak restoran haram yang dibina, dan membina dinding penghadang, pihak berkuasa masih lagi mengekalkan kuil yang sedia ada. Ketua Setiausaha KWP turut memberitahu bahawa DBKL sudah berunding dengan pihak kuil sejak sekian lama, pihak DBKL juga telah bersetuju untuk memindahkan tapak sedia ada kepada tapak baru dan segala kos pembinaan semula kuil akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak DBKL.

 

Sunday, 1 September 2013

KWP Janji Beri Sokongan Penuh Bantu Lonjak Cruise Tasik Putrajaya

 
Menteri Wilayah Persekutuan ketika berucap merasmikan Sambutan 10 Tahun Cruise Tasik Putrajaya berkata Kementerian di bawahnya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama dalam membantu melonjakkan jenama Cruise Tasik Putrajaya sebagai produk pelancongan terbaik di Putrajaya dan dunia.

Beliau juga berkata, semenjak anak syarikat Perbadanan Putrajaya mengambil alih, Cruise Tasik Putrajaya telah berjaya meningkatkan keuntungan bersih bagi bulan Julai 2013 sebanyak RM79,033 atau hampir empat kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Pendapatan kasar bagi bulan Ogos2013 juga telah melebihi RM30,000 berbanding dengan pendapatan kasar yang diperolehi pada tempoh yang sama pada tahun lepas

  "Ini merupakan satu kejayaan yang sangat besar, cadangan Tan Sri Aseh agar Anak Syarikat Perbadanan Putrajaya mengambil alih Pengurusan Cruise Tasik Putrajaya merupakan satu langkah kehadapan yang cukup berani dan berinovasi" kata Tengku Adnan.

 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mahu rakyat di negara ini amnya, dan warga Putrajaya khususnya menjaga lambang kedaulatan negara ini, katanya sewaktu kerajaan mahu membina Putrajaya dahulu, ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut, namun sekarang pembangunan Putrajaya telahpun melakar sejarahnya yang tersendiri, daripada sebuah Pusat Pentadbiran Negara kepada bandaraya rujukan dunia."Malaysia kini dihormati oleh masyarakat antarabangsa kerana terbukti kita mempunyai anak watan yang pakar dalam pelbagai bidang sehingga menjadikan Putrajaya sebagai salah satu bandar raya dunia yang sering dijadikan rujukan dan telah dilawati oleh pelbagai Pembesar Negara dari seluruh pelusuk dunia. Adalah jelas, pembangunan Putrajaya bukan satu pembaziran sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang, malah ia telah mengharumkan lagi nama negara kita sebagai sebuah negara yang berdaulat".

Tambahnya lagi, komuniti di Putrajaya haruslah bersyukur dengan kemajuan dan keselesaan yang dinikmati sekarang ini. "Di Putrajaya kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang. Dengan kediaman yang selesa dan perkhidmatan perbandaran terbaik yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya, malah Kerajaan juga pada ketika ini sedang menumpukan usaha untuk menambah baik kualiti kehidupan rakyat di seluruh negara melalui pelbagai aspek pembangunan kerohanian dan fizikal. Malangnya ada antara kita yang seolah-olah “api di dalam sekam” dan sentiasa menyalahkan pihak Kerajaan dalam pelbagai hal seolah-olah Kerajaan yang ada pada masa ini tidak perihatin dengan kehendak rakyat".


 
Dalam pada itu, Tengku Adnan bersama Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat ditemani Puan Zaharah Salamat Ketua Pegawai Eksekutif Cruise Tasik Putrajaya berkesempatan memotong kek hari lahir sebagai tanda meraikan ulang tahun ke 10 Cruise Tasik Putrajaya.