Hari ini YB Menteri telah turun ke Parlimen Lembah Pantai untuk bersama dengan rakyat di PPR Kg. Limau yang bertempat di Surau Ibadurrahman Kuala Lumpur.Turut bersama adalah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Dato' Seri Raja Nong Chik.
YB Menteri dalam ucapan ringkas beliau menegaskan kehadiran beliau yang dalam keadaan tergesa-gesa kerana ada urusan di Kuala Besut tidak sedikit pun menjadi halangan kepada beliau untuk bersama-sama berbuka puasa bersama rakyat di Parlimen Lembah Pantai.
Selain itu, YB Menteri yang dalam rangka lawatan beliau ke semua parlimen wilayah memberitahu bahawa Parlimen Lembah Pantai adalah parlimen ke 6 beliau dan ucapan terima kasih kepada pengundi kawasan ini kerana memberi kemenangan kepada calon BN Dato' Seri Raja Nong Chik pada PRU13 yang lepas.
Dalam pada itu, YB Menteri menyampaikan sumbangan kepada surau Ibadurrahman sebanyak RM 10 ribu dan bantuan khas kepada anak-anak yatim, ibu tunggal serta individu yang tidak berkemampuan.
0 comments:
Post a Comment
Akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan melalui laman blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.