Sebenarnya, BTMW nak bagitau yang polemik ini didalangi oleh sebuah pihak yang tidak bertanggungjawab. mereka sengaja mengapi-apikan perkara yang tidak masuk akal. Yang berlaku sekarang adalah merobohkan tapak restoran haram yang dibina, dan membina dinding penghadang, pihak berkuasa masih lagi mengekalkan kuil yang sedia ada. Ketua Setiausaha KWP turut memberitahu bahawa DBKL sudah berunding dengan pihak kuil sejak sekian lama, pihak DBKL juga telah bersetuju untuk memindahkan tapak sedia ada kepada tapak baru dan segala kos pembinaan semula kuil akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak DBKL.
Monday, 2 September 2013
Menteri Wilayah Persekutuan Jawab Isu Roboh Kuil Sri Munewarar Kaliyaman
01:37
No comments
Sebenarnya, BTMW nak bagitau yang polemik ini didalangi oleh sebuah pihak yang tidak bertanggungjawab. mereka sengaja mengapi-apikan perkara yang tidak masuk akal. Yang berlaku sekarang adalah merobohkan tapak restoran haram yang dibina, dan membina dinding penghadang, pihak berkuasa masih lagi mengekalkan kuil yang sedia ada. Ketua Setiausaha KWP turut memberitahu bahawa DBKL sudah berunding dengan pihak kuil sejak sekian lama, pihak DBKL juga telah bersetuju untuk memindahkan tapak sedia ada kepada tapak baru dan segala kos pembinaan semula kuil akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak DBKL.
Sunday, 1 September 2013
KWP Janji Beri Sokongan Penuh Bantu Lonjak Cruise Tasik Putrajaya
08:00
No comments
Beliau juga berkata, semenjak anak syarikat Perbadanan Putrajaya mengambil alih, Cruise Tasik Putrajaya telah berjaya meningkatkan keuntungan bersih bagi bulan Julai 2013 sebanyak RM79,033 atau hampir empat kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Pendapatan kasar bagi bulan Ogos2013 juga telah melebihi RM30,000 berbanding dengan pendapatan kasar yang diperolehi pada tempoh yang sama pada tahun lepas.
"Ini merupakan satu kejayaan yang sangat besar, cadangan Tan Sri Aseh agar Anak Syarikat Perbadanan Putrajaya mengambil alih Pengurusan Cruise Tasik Putrajaya merupakan satu langkah kehadapan yang cukup berani dan berinovasi" kata Tengku Adnan.
Tambahnya lagi, komuniti di Putrajaya haruslah bersyukur dengan kemajuan dan keselesaan yang dinikmati sekarang ini. "Di Putrajaya kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang. Dengan kediaman yang selesa dan perkhidmatan perbandaran terbaik yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya, malah Kerajaan juga pada ketika ini sedang menumpukan usaha untuk menambah baik kualiti kehidupan rakyat di seluruh negara melalui pelbagai aspek pembangunan kerohanian dan fizikal. Malangnya ada antara kita yang seolah-olah “api di dalam sekam” dan sentiasa menyalahkan pihak Kerajaan dalam pelbagai hal seolah-olah Kerajaan yang ada pada masa ini tidak perihatin dengan kehendak rakyat".

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mahu rakyat di negara ini amnya, dan warga Putrajaya khususnya menjaga lambang kedaulatan negara ini, katanya sewaktu kerajaan mahu membina Putrajaya dahulu, ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut, namun sekarang pembangunan Putrajaya telahpun melakar sejarahnya yang tersendiri, daripada sebuah Pusat Pentadbiran Negara kepada bandaraya rujukan dunia."Malaysia kini dihormati oleh masyarakat antarabangsa kerana terbukti kita mempunyai anak watan yang pakar dalam pelbagai bidang sehingga menjadikan Putrajaya sebagai salah satu bandar raya dunia yang sering dijadikan rujukan dan telah dilawati oleh pelbagai Pembesar Negara dari seluruh pelusuk dunia. Adalah jelas, pembangunan Putrajaya bukan satu pembaziran sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang, malah ia telah mengharumkan lagi nama negara kita sebagai sebuah negara yang berdaulat".
Tambahnya lagi, komuniti di Putrajaya haruslah bersyukur dengan kemajuan dan keselesaan yang dinikmati sekarang ini. "Di Putrajaya kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang. Dengan kediaman yang selesa dan perkhidmatan perbandaran terbaik yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya, malah Kerajaan juga pada ketika ini sedang menumpukan usaha untuk menambah baik kualiti kehidupan rakyat di seluruh negara melalui pelbagai aspek pembangunan kerohanian dan fizikal. Malangnya ada antara kita yang seolah-olah “api di dalam sekam” dan sentiasa menyalahkan pihak Kerajaan dalam pelbagai hal seolah-olah Kerajaan yang ada pada masa ini tidak perihatin dengan kehendak rakyat".
Monday, 26 August 2013
Perjumpaan YB Menteri WP Bersama Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan
01:55
No comments
Bertempat di Dewan Serbaguna Blok 1 Kementerian Wilayah Persekutuan telah berlangsung sesi perjumpaan pertama YB Menteri WP bersama ahli parlimen Wilayah Persekutuan termasuk 4 ahli parlimen daripada Barisan Nasional dan 9 daripada pembangkang.
Sesi bermula dengan taklimat kepada semua Ahli Parlimen yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Adnan Md Ikhsan tentang visi, misi, sejarah dan lain-lain yang melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan termasuklah fungsi utama Kementerian dalam menguruskan Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, kesemua ahli parlimen diberi penjelasan tentang program dan aktiviti KWP seperti pembangunan infrastruktur, pembangunan ekonomi, pembangunan komuniti dan pembangunan sukan Wilayah Persekutuan. Dalam membangunkan infrastruktur di Wilayah Persekutuan, beberapa perancangan turut dibentangkan antaranya projek Rumah Mampu Milik, Rumah Transit (council home), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Greater Kuala Lumpur dan Pembangunan Kampong Bharu.
Selain itu, pembangunan ekonomi dan komuniti pula melibatkan Pelancongan, Hub Oil and Gas dan penyelarasan penjaja manakala perkara yang melibatkan komuniti termasuk pembangunan usahawan di Wilayah Persekutuan, Program Pembangunan Insan, Local Agenda 21 dan Skim Keselamatan 1Wilayah.
Tiga fokus utama atau 3 Task Force yang diberi penekanan oleh KWP buat masa ini turut dijelaskan kepada ahli parlimen melibatkan Perumahan, Lalu Lintas dan Kebersihan di Wilayah Persekutuan. Antara yang diperincikan adalah berkenaan dengan penggubalan dasar RUMAWIP dan PPA1M khusus untuk menangani masalah perumahan rakyat termasuk penjawat awam. Menyediakan RUMAW1P dan PPA1M di Wilayah Persekutuan sebanyak 80,000 unit (50,000 di WPKL, 20,000 di WP Putrajaya dan 10,000 unit di WP Labuan).
Dalam menjadikan Kuala Lumpur bersih dan cantik, task force kebersihan diperincikan lagi dengan pelaksanaan beberapa program kesedaran dan promosi tentang kepentingan mengekalkan kebersihan serta pilot projek bagi mewujudkan Zon Bersih di beberapa kawasan yang akan ditentukan. Kawasan-kawasan yang perlu di selenggara dan dibaik pulih juga telah dikenal pasti dan akan dibangunkan semula dalam menjadikan Wilayah Persekutuan bersih dan sekaligus menjadi Bandar contoh.
Bercakap kepada media, YB Menteri Wilayah Persekutuan berkata sesi pertama ini adalah sesi pengenalan dan jika ada keperluan dan masa program seperti ini akan diadakan lagi kelak."Dalam menjadikan Wilayah Persekutuan sejahtera, kita perlu bersama dan berbincang untuk merealisasikan semua perkara ini, dan jika ada perkara yang berbangkit selepas ini kita akan berjumpa berdasarkan keperluan dan masa".
Sesi taklimat yang turut diserikan lagi dengan Majlis Sambutan Hari Raya yang pertama kalinya mengumpulkan semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang di Wilayah Persekutuan menutup program tengahari tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)