Saturday, 8 June 2013

Di Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan

Alhamdulilah sempurna Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan di KL Sentral tadi. Dalam ucapan perasmian tadi YB DS menekankan tentang kepentingan sebagai kerajaan untuk menjadi hamba kepada rakyat. Servis dan perkhidmatan yang dilaksanakan haruslah bersifat mesra pelanggan serta mengutamakan rakyat.

Tambah beliau, sebagai manusia kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan setiap perkara yang salah haruslah dibawa berbincang begitu juga dengan kerajaan yang sedia ada. "tidak ada kerajaan yang sempurna di dunia ini, oleh itu perlu kita bersama bekerjasama untuk mencapai yang terbaik untuk warga wilayah" tegas Ku Nan.

Dalam membina sebuah negara berjaya, semua rakyat Malaysia perlu berpegang kepada 'diverse unity' tidak mengira bangsa mahupun agama perlu bersatu padu seperti yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu.

YB DS Menteri turut menekankan 3 perkara yang perlu diambil kira dan akan dilaksanakan berkenaan dengan kebersihan, masalah trafik dan tempat letak kereta. Selain isu-isu yang berkaitan antaranya perumahan untuk pekerja dalam bidang servis. "kita nak bantu mereka sewa rumah di KL, supaya dekat dengan tempat kerja, tak perlu duduk jauh" kata Ku Nan.

Akhir ucapan, YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor turut memberi penekanan tentang golongan belia dan saranan Ku Nan agar aktiviti gotong royong bersama jabatan atau agensi diperhebatkan kerana dengan cara ini pegawai kerajaan akan lebih dekat dan mesra dengan masyarakat.

Friday, 7 June 2013

Majlis Penyampaian Hadiah sempena Hari Bertemu Pelanggan KWP oleh Datin Seri Aggriani Sentiyaki

Pada jam 4.00 petang bertempat di KL Sentral Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Penyampaian hadiah bersempena dengan Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutan  yang disempurnakan oleh isteri YB Menteri iaitu Datin Seri Anggriani Sentiyaki. Pertandingan ini dimasukkan sebagai salah satu daripada aktiviti sempena program Hari Bersama Pelanggan KWP dan Agensi tahun 2013 ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan bendera dan Wilayah Persekutuan dikalangan kanak-kanak disamping dapat meneroka kreativiti dan imaginasi mereka.


Datin Seri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik pertandingan melukis oleh kanak-kanak kelainan upaya. lukisan yang bertemakan bendera wilayah itu telah mengumpulkan banyak penyertaan dan penglibatan yang sangat baik oleh kanak-kanak ini.

Selama program ini berlangsung petang tadi, sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakan dan ini yang pihak Kementerian harapkan dengan penganjuran program seumpama ini dapat membantu mendekatkan masyarakat dengan kerajaan, selaras dengan saranan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan."



Bakat yang ada pada anak-anak ini membuatkan kita berasa kagum dengan kelebihan mereka sehinggakan mampu melukis dengan hanya menggunakan kaki. Sebagai manusia biasa, kita seharusnya berasa syukur diatas segala nikmat yang dikecapi dan menjadikan semangat anak-anak ini sebagai pendorong buat kita untuk terus berusaha dan membantu kanak-kanak ini supaya mereka dapat hidup seperti insan biasa.






Para pengunjung dan kanak-kanak turut diberikan bungkusan KFC untuk dibawa pulang secara percuma. Rata-rata yang hadir memberikan respon yang sangat positif dan berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap.




Sebelum pulang, Datin Seri sempat meluangkan masa melawat 'booth' pameran dan beramah mesra bersama hadirin yang hadir.


Sumbangan Ikhlas Dari YB Menteri Wilayah Buat Keluarga Arwah Mohd Shahrulnizam Ahmad Nazari

Semalam kira-kira jam 8.00 malam rombongan dari Kementerian Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh SUSK En Mohd Rahimi bin Rejab telah hadir menemui keluarga arwah Mohd Shahrulnizam bin Ahmad Nazari di MAS Kargo LCCT Sepang.



Jenazah yang tiba kira-kira jam 8.30 malam disambut dengan suasan hiba dan penuh sebak. Walaubagaimanapun, atas arahan pihak pengurusan MAS Kargo, kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar ketika jenazah tiba.

 
Dalam pada itu, SUSK En Rahimi Bin Rejab sempat menyampaikan sumbangan ikhlas bagi pihak YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor dan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai membantu meringankan beban keluarga arwah.
 
 
Inilah semangat yang rakyat Malaysia patut tunjukkan demi mengharumkan nama Negara tercinta nyawa dan raga sanggup diketepikan. Kami di warga Kementerian Wilayah mendoakan agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.