Saturday 29 June 2013

Majlis Kesyukuran & Penghargaan Jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

Bertempat di Padang Kejiranan Sebelah PPR Sg Bonus Air Panas Setapak Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Kesyukuran & Penghargaan Jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis yang berlangsung tengah hari tadi menghimpunkan seramai lebih daripada 4000 orang JawatanKuasa 4 peringkat dan semua ketua-ketua PDM Wilayah Persekutuan.

Terima kasih dan sejuta penghargaan buat seluruh jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan milik kita. Inilah sebuah parti yang bukan sahaja adil pada rakyatnya, tetapi menghargai jasa dan pengorbanan ahli yang sentiasa menjadi tulang belakang parti.

Sunday 23 June 2013

Kunjungan saya ke Pusat Pemindahan Kebakaran Kampung Balang

Ketika lawatan saya ke PUSAT PEMINDAHAN DEWAN ORANG RAMAI LORONG PADANG BALANG 8 KAMPUNG PADANG BALANG. Kejadian kebakaran yang berlaku di rumah tanah lot lorong padang balang 6 Kampung Padang Balang Sentul. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu melibatkan 6 buah rumah termasuk 5 keluarga. Kesemua 19 orang mangsa selamat. Saya turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM 500 sebagai membantu meringankan beban kesemua mangsa. Bantuan dari DBKL sebanyak RM 300 akan disalurkan besok.

Saturday 22 June 2013

Majlis Pelancaran Festival Bunga & Taman Putrajaya 2013

Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria Putrajaya 2013 dengan tema Orkid - Khazanah Tropika atau Orchid - Tropical Treasure adalah merupakan penganjuran kali keenam dan akan berlangsung selama Sembilan hari mulai 22 Jun hingga 30 Jun 2013 di Persisiran Tasik, Presint 2
 
 
 
 
 
 
 
Putrajaya. Penganjuran festival ini menunjukkan komitmen berterusan Perbadanan Putrajaya dalam usaha untuk merelisasikan aspirasi kerajaan dan matlamat pembangunan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang moden dan pintar berkonsepkan Bandar Dalam Taman, Bandar Bunga-bungaan dan Perintis Bandar Hijau.
 
Tarikan utama Floria Putrajaya 2013 ialah pameran bunga berwarna warni yang disusun berkonsepkan taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk yang kreatif dan menarik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Keseluruhan pameran bunga menggunakan lebih kurang 400 ribu bunga-bungaan tropika, sub-tropika dan temperat, termasuk 200 sepsis dan hybrid bunga orkid yang disusun dalam lebih 80 lot taman-taman yang direkabentuk dan dibina oleh agensi keraaan, badan korporat, syarikat swasta, persatuan dan penanam bunga, Institut Landskap Arkitek Malaysia, pereka taman antarabangsa, pelajar sekolah dan universiti serta institusi pengajian tinggi.   
 
 

 
 


Wednesday 19 June 2013

Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran Pasar Jalan Raja Bot & Kampung Bharu

Pagi semalam bertempat di DBKL aras 3 berlangsung majlis penyerahan sumbangan mangsa kebakaran yang terlibat tempoh hari. Mangsa yang terlibat terdiri daripada 9 buah keluarga termasuk peniaga di pasar Jalan Raja Bot. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu melibatkan sumbangan ikhlas dari YB Menteri sebanyak RM500, Yayasan Wilayah Persekutuan RM300 dan DBKL RM300.

Dalam ucapan ringkas YB Menteri, beliau berharap para peniaga memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas-tugas penambahbaikan dan perpindahan tapak pasar berjalan dengan lancar. Beliau mahu tapak yang diberikan nanti tidak dijual kepada warga asing. "Kita akan berikan tapak kepada peniaga yang betul-betul berminat untuk menambah wang pendapatan" tegas beliau.



Dalam masa yang sama, melalui aduan yang diterima berkaitan masalah sosial anak-anak muda. Beliau akan menyekat lesen siber kafe setelah mendapat tahu banyak premis perniagaan itu tidak menepati syarat perniagaan dan menjalankan aktiviti perjudian. "Kita dapat kesan ada pusat siber kafe yang menjadi tempat penagihan dadah dan pil khayal" kata YB Ku Nan. Kajian semula akan dijalankan terhadap pusat siber kafe yang sedia ada di 3 kawasan wilayah ini dan tindakan tegas akan diambil jika pusat berikut melanggar syarat dan terma yang ditetapkan.




Tuesday 18 June 2013

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan 2013

YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor petang tadi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Wilayah bersempena dengan Kejohanan SUKMA yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam ucapan ringkas beliau, YB Menteri mahu semua atlet yang bertanding membawa semangat wilayah biarpun bukan semua atlet yang bertanding adalah lahir di Wilayah Persekutuan. "pepatah melayu ada menyebut, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" kata beliau.

Tambahnya lagi, beliau memberi cabaran kepada atlet supaya mendapat lebih pingat emas daripada sasaran 18 pingat emas yang telah ditetapkan. "kita mahu kontinjen Wilayah Persekutuan menjadi sebuah pasukan yang kuat dan digeruni lawan" tegas beliau.


 



Sunday 16 June 2013

Perjumpaan Bersama Staff DBKL

Pagi tadi bertempat di Auditorium DBKL Aras 3 berlangsung majlis perjumpaan YB Menteri bersama kakitangan DBKL. Majlis yang dihadiri lebih daripada 600 orang ini diketuai oleh Datuk Bandar sendiri serta pegawai-pegawai tinggi DBKL. Program bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 11 pagi.

Dalam ucapan YB DS Menteri, beliau banyak berkongsi tentang pengalaman dan memberi nasihat kepada kakitangan beliau agar menjadi pegawai DBKL yang sentiasa dihormati dan mesra rakyat. Beliau turut menegaskan tentang kepentingan menjaga amanah dan menerapkan keikhlasan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Beliau mahukan setiap pegawai di DBKL menjadikan konsep Islam sebagai gaya hidup, kerana jika Islam dijadikan teras dalam pekerjaan nescaya setiap kerja yang dilakukan akan mendapat berkat.

Selain itu, YB Menteri juga mahukan pegawai DBKL lebih telus dalam melaksanakan tugas, "sebagai contoh jika ternampak sesuatu yang mencacatkan pemandangan seperti jalan rosak, lampu tiang rosak tolong laporkan pada pegawai yang sepatutnya, tidak perlu menunggu kerana sebagai pegawai DBKL kita sendiri tahu saluran yang mana patut selesaikannya" kata beliau. Beliau sendiri pernah beberapa kali membuat laporan ke DBKL jika ternampak sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya atau mencacatkan pemandangan di Kuala Lumpur, jadi beliau mahukan perkara ini dijadikan contoh buat semua kakitangan DBKL selain menjadi mata dan telinga rakyat untuk kerajaan.

Tambahan beliau,  slogan yang kerajaan sentiasa laungkan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' haruslah dijadikan pegangan kerana sebagai pegawai DBKL kata beliau "i know we have to survive, but we have to come last, the rakyat should be first".

Sebelum bersurai, DS Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan para pegawai dan kakitangan supaya menggunakan fasiliti yang diberikan dengan amanah dan tanggungjawab. Sebagai contoh akses kepada internet tidak disalah guna untuk kepentingan peribadi. Tambahnya lagi, persepsi negatif sesama kita haruslah ditolak dan sentiasa bersikap positif. Yang paling penting adalah kesetiaan kepada pemimpin bukannya mengkhianati ketua kita.

Saturday 15 June 2013

Majlis Perasmian Jalan Pintasan Taman Intan Baiduri dan MRR2

Alhamdulillah. Pagi ini YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Datuk KSU berkesempatan merasmikan Majlis Perasmian Jalan Pintasan Menghubungkan Jalan Taman Intan Baiduri Dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dalam ucapan perasmian tersebut YB Menteri mengucapkan tahniah kepada DBKL dan kontraktor kerana berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya. "Walaupun pelbagai masalah dan kekangan yang di hadapi tetapi projek ini dapat disiapkan dengan baik sekali" tegas YB Menteri.

Dalam pada itu YB Menteri turut mengingatkan agar kemudahan yang disediakan dapat digunakan dan dijaga baik. "Kerajaan sentiasa mengutamakan masalah rakyat dan berasaskan kepada kemampuan yang sedia ada, kerajaan akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya" tambah YB Menteri. Selain itu perkara lain yang turut ditekankan YB Menteri adalah faktor kebersihan kawasan kediaman yang mana beliau mahukan agar kawasan tempat tinggal sentiasa bersih dan mengelakkan penyebaran wabak penyakit berjangkit.

Dikesempatan itu YB Menteri meluangkan masa hampir 30 minit untuk berdialog bersama penduduk setempat. Banyak perkara yang dicadangkan dan kesungguhan YB Menteri dalam kata-kata beliau akan cuba membantu menunaikan permintaan tersebut.

Wednesday 12 June 2013

Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan KKLW

Pagi ini YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Perjumpaan bersama dengan Kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di kementerian Presint 2 . Perjumpaan yang turut disertai oleh YB Menteri KKLW Datuk Seri Shafie Apdal serta pegawai-pegawai kanan kementerian ini merupakan perjumpaan pertama yang dijanjikan YB untuk bertemu dengan semua kementerian di Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, YB DS Ku Nan turut memberi peluang kepada kakitangan KKLW untuk berdialog dan bertanya soalan kepada beliau atas kapasiti sebagai wakil rakyat disini. Menjawab tentang perancangan beliau selepas menang ini, Ku Nan mahu membawa penduduk Putrajaya ke satu tahap yang lebih matang dari segi pengisian rohani dan intelektual.

Sebelum bersurai, YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor dengan diwakili oleh Isteri beliau Datin Seri Anggriani Sentiyaki menyerahkan mock cheque berjumlah 10000 ringgit sebagai sumbangan beliau kepada Kelab Sukan & Kebajikan KKLW serta cenderamata berupa telekung dan kain pelikat kepada semua yang hadir.

Sunday 9 June 2013

Keprihatinan Menteri Wilayah, Rakyat Akan Terus Terbela

Pada Sabtu lepas, saya bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Datuk KSU telah membuat lawatan ke Keramat Mall. Lawatan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam itu telah berbincang mengenai masalah perpindahan ke ruang tapak baru yang telah disediakan.Turut bersama dalam perbincangan tersebut adalah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.
 


 
Selesai mendengar dan meninjau keadaan di Keramat Mall, saya bergerak untuk melihat sendiri keadaan di Pasar Keramat lama.

 
 
Masalah bau serta kebersihan perlu diutamakan, kita tidak mahu mengambil sebarang risiko jika berlaku masalah berkaitan kesihatan dan sebagainya. Tetapi perbincangan lanjut akan diadakan bagi mencapai kata sepakat agar semua pihak berpuas hati dan yang paling penting peniaga-peniaga pasar ini dapat berniaga dalam keadaan yang selesa. Pengunjung juga akan merasa lebih yakin untuk membeli.


Menteri Wilayah Persekutuan Wakil Kerajaan Malaysia ke upacara pemakaman Taufiq Kiemas

JAKARTA 9 Jun - Ribuan orang daripada segenap lapisan masyarakat pada Ahad menghadiri upacara pengebumian negara untuk Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia Taufiq Kiemas di Taman Makam Pahlawan Kalibata, di Jakarta Selatan.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yuhoyono sendiri mengetuai upacara pemakaman negara untuk suami bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri itu, yang berlangsung penuh istiadat ketenteraan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung UMNO yang mewakili Kerajaan Malaysia, adalah antara perwakilan asing yang menghadiri upacara itu.

Upacara pengebumian dimulakan dengan perarakan jenazah ke dalam kawasan makam pahlawan sejurus tiba di situ pukul 11 pagi. Dalam ucapannya pada upacara itu, Susilo yang menyampaikan ucapan takziah sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga Allahyarham Taufiq, berkata Indonesia kehilangan "salah seorang putera terbaik bangsa, ahli politik terkemuka, tokoh penegak demokrasi, konsiliator dan seorang negarawan. "Dengan jujur dan hati yang bersih, harus kita akui bahawa Allahyarham telah memberikan begitu banyak kepada bangsa dan negara," katanya.

Abu Zahar berkata, beliau bagi pihak Malaysia menyampaikan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham Taufiq atas kepulangan ke rahmatullah tokoh politik dan negarawan Indonesia itu. "Allahyarham Taufiq Kiemas ialah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan seorang yang sentiasa ingin menjalinkan hubungan baik negara bangsa serumpun Malaysia dan Indonesia, yang telahpun terjalin begitu lama.

"Kita mendoakan semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat Allah dan berharap keluarganya menerima ketentuan tuhan ini dengan penuh tabah," katanya.
Tengku Adnan pula berkata, beliau telah diminta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mewakili BN dan UMNO. UMNO, katanya mempunyai hubungan yang rapat dengan Taufiq yang sering berperanan sebagai jambatan penghubung antara Malaysia dan Indonesia.
"Saya telah menyampaikan salam takziah daripada Perdana Menteri kepada Ibu Megawati dan keluarga serta salam takziah daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Megawati dan keluarga.

"Kita rasa satu kehilangan. Kita berharap hubungan parti di antara PDIP dan UMNO akan terus kekal. Kita mendoakan Allahyarham dicucuri rahmah oleh Allah," katanya. Taufiq, 70, meninggal dunia di Singapore General Hospital, Singapura malam tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham dirawat di hospital itu selepas mengadu tidak sihat sejurus selesai menghadiri majlis peringatan kelahiran Pancasila di Ende, Nusa Tenggara Timur pada 1 Jun lepas. - BERNAMA